KUALA LUMPUR, 3 Nov – Pertubuhan bukan kerajaan Sisters in Islam (SIS) dengan mengecam tindakan keras pihak polis mengharamkan program Seksualiti Merdeka, yang dikuatkuasakan serta-merta hari ini.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini, kata SIS, pihaknya menganggap ia satu lagi bentuk tindakan menapis dan menghalang aspek kebebasan bersuara, berhimpun dan berkongsi idea dengan bebas di Malaysia.
“Kami juga prihatin berkenaan kaedah pengharaman yang hendak dikuatkuasakan.
“Adakah, misalnya, ada perintah pengharaman satu-satu festival? Bagaimana pihak polis hendak menguatkuasakan pengharaman ini?” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
SIS berkata sementara pihaknya faham yang ada Muslim yang membantah idea menghormati kepelbagaian gender dan seksual, sebagai pertubuhan membela kaum wanita mereka tidak bersetuju dengan kaedah digunakan untuk menghalang idea-idea ini.
“Kami sendiri berhadapan dengan laporan-laporan polis hanya kerana mempersoalkan prosedur-prosedur jenayah syariah ke atas wanita, dan penerbitan kami yang membincangkan impak ekstremisme agama ke atas wanita Muslim pernah diharamkan oleh pihak berkuasa,” kata SIS lagi.
Sehubungan itu kata SIS, pihaknya kecewa kerana Seksualiti Merdeka berhadapan dengan nasib intimidasi dan pengaiban yang sama.
“Kami meminta rakan-rakan Muslim agar menggunakan kebijaksanaan apabila berurusan dengan isu-isu dibawa oleh Seksualiti Merdeka.
“Kami juga meminta pihak berkuasa agar memastikan keselamatan dan sekuriti mereka yang terlibat khususnya penganjur, sukarelawan dan penyokong Seksualiti Merdeka,” kata pertubuhan ini.
Dalam pada itu, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menyambut baik pengumuman pihak polis mengisytiharkan pengharaman semua aktiviti Seksualiti Merdeka.
Sehubungan itu Presidennya Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata, PKPIM memberi amaran kepada pihak penganjur supaya akur dan membatalkan festival yang bakal diisi dengan forum, ceramah, bengkel, pelancaran buku, pameran seni dan persembahan ini dengan segera dengan mengambil kira desakan dan tentangan keras yang telah dibuat oleh banyak pihak yang membantah penganjuran program songsang ini.
“PKPIM juga meminta supaya pihak penganjur untuk memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia kerana ia jelas sama sekali bertentangan dengan norma budaya dan realiti kehidupan beragama yang berlandaskan kepada nilai ketimuran yang wujud di Malaysia. “Penganjuran program seperti ini juga boleh mengakibatkan penularan sindrom kekeliruan dan kecelaruan jatidiri sebagai seorang individu di samping memberikan imej dan gambaran yang buruk kepada Malaysia sebagai sebuah negara yang berpegang kepada prinsip Kepercayaan Kepada Tuhan dan Kesopanan dan Kesusilaan yang terkandung di dalam Rukun Negara dan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan,” kata beliau.
Tambah beliau, PKPIM juga mempersoalkan bagaimana festival ini boleh berlangsung pada tempoh yang lama sehingga dijadikan program tahunan di tempat yang sama semenjak 2008 sehingga mendapat tajaan dan sokongan daripada pihak-pihak tertentu termasuklah Majlis Peguam, Amnesty dan International Malaysia.
“PKPIM bimbang dengan adanya kebebasan ini disalah guna oleh sesetengah pihak untuk membawa fahaman songsang dan keliru.
“PKPIM juga mengingatkan kepada pihak kerajaan dan polis untuk turut bersikap tegas dalam mengharamkan penganjuran konsert artis gay Elton John pada 22 November ini yang sebenarnya turut mengandungi unsur-unsur yang boleh merosakkan akhlak, budaya negatif hedonisme dan moral masyarakat dan ianya sama sekali tidak sesuai dengan kehidupan masyarakat di Malaysia apatah lagi sangat bertentangan dengan ajaran agama Islam,” kata beliau lagi.
--
PRESS RELEASE
Sisters in Islam opposes ban on Seksualiti Merdeka
3 November 2011
Sisters
in Islam (SIS) strongly disagrees with the police's blanket ban on
Seksualiti Merdeka. We see this as yet another pattern of censorship and
banning of freedom of expression, association and the free circulation
of ideas in Malaysia. We are also concerned at how the ban is going to
be enforced by the police force. Was there, for example, a court order
to ban the festival? How exactly do the police intend to follow through
this "ban"?
While
we understand that there are Muslims opposed to ideas of respecting
gender and sexual diversity, as a Muslim women's organisation, SIS
disagrees with the methods used to stifle these ideas.
We
ourselves have been subjected to police reports simply for questioning
syariah criminal procedures on women, and our publication discussing the
impact of religious extremism on Muslim women was once banned by the
authorities. We regret that Seksualiti Merdeka has fallen prey to the
same kind of state intimidation and harassment.
We
call on fellow Muslims to exercise compassion and wisdom in dealing
with the issues brought up by Seksualiti Merdeka. We also call on the
authorities to ensure the safety and security of all those involved in
this, especially Seksualiti Merdeka's organisers, volunteers and
supporters.
Sisters in Islam

1 comments:
SIS..., Seharusnya bukan polis yang mengharamkan perhimpunan ini, seharusnya SIS pun harus mengharamkan perhimpunan ini. Kenapa tak di adakan perhimpunan Menolong golongan ini untuk kembali sebagai manusia normal dan kembali ke masyarakat? Bukankah mereka ini memerlukan masa depan yang lebih terjamin?
Terima Kasih semoga pandangan saya boleh di terima.
Post a Comment