Oleh Alicia Izharuddin
Pengharaman Seksualiti Merdeka yang
diumumkan secara tiba-tiba pada 3 November dan kecaman terhadap
perasminya, Ambiga Sreenevasan, adalah satu lagi sejarah hitam dalam
perjalanan Malaysia ke arah era yang lebih demokratik. Mengikut
PERKASA, MUIS, dan pelbagai badan agama yang lain, Seksualiti Merdeka
mempromosikan fahaman liberal, budaya "songsang" dan melanggar ajaran
Islam. Oleh itu, Seksualiti Merdeka harus dikecam dan diharamkan.
Terdapat beberapa persoalan yang perlu diutarakan. Pertama sekali,
adakah fahaman liberal benar-benar menyanggah dengan ajaran Islam?
Kedua, apa sebenarnya yang "songsang" tentang Seksualiti Merdeka?
Ketiga, apa sebenarnya dalam ajaran Islam yang dilanggari Seksualiti
Merdeka?
Seksualiti
Merdeka adalah sebuah acara tahunan yang bermula pada tahun 2008
sebagai forum untuk warga Malaysia berbincang dan bertukar pendapat
tentang isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan sebagai rakyat Malaysia
yang lesbian, gay, biseksual, dan transgender. Seperti yang
dijelaskan oleh penganjur Seksualiti Merdeka, Pang Khee Teik (gambar
kanan), acara ini tidak mengajak orang awam untuk menjadi "gay"
atau menukar jantina. Sebaliknya, acara ini bertujuan untuk
meningkatkan pemahaman dan kesedaran awam tentang golongan minoriti ini.
Selepas tiga tahun tanpa sebarang bangkangan daripada mana-mana pihak, Seksualiti Merdeka kini didepani dengan tohmahan bisa daripada pihak-pihak tertentu yang terdiri daripada orang-orang lelaki Melayu PERKASA. Minggu lepas, mereka berdemo di hadapan Masjid Negara dengan slogan-slogan yang tidak berpaksikan mana-mana fakta dan berfokuskan kepada perbuatan "seks sejenis". Walaupun demonstrasi PERKASA di hadapan Masjid Negara adalah sah dan berpatutan di sisi prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara, objektif mereka untuk menyekat kebebasan golongan LGBT untuk berhimpun berbaur ironi.
Kemungkinan
besar tentangan terhadap Seksualiti Merdeka tidak berkenaan langsung
dengan agama, keamanan negara, dan sensitiviti orang Melayu. "Agama",
"keamanan negara", "sensitiviti orang Melayu" adalah alasan yang sering
dikitar semula jika isu-isu mengenai hak asasi manusia dan demokrasi
meletup di sidang media, parlimen, internet, dan di kedai kopi.
Pengharaman Seksualiti Merdeka sangat mirip dengan pengharaman
perhimpunan BERSIH bulan Julai lepas; hujah yang disampaikan untuk
mengharamkan keduanya adalah sama. Sudah tentu apa sahaja bentuk
pengharaman yang dilaksanakan pada masa depan akan berteraskan alasan
yang sama, diguna semula sehingga kosong intipati hujahnya.
Kesemua
rakyat Malaysia - konservatif mahupun liberal - perlu diingatkan bahawa
tidak semua orang Islam sama, dan tidak semua ajaran Islam ditafsir dan
diamalkan dengan cara yang sama. Walaupun terdapat perbezaan pendapat
antara orang Islam di Malaysia dan di luar negara, akhlak dan akidah
mereka tetap berlandaskan ajaran Islam yang satu. Oleh kerana itu,
PERKASA, MUIS, dan organisasi agama yang lain tidak berhak untuk
memanggil diri mereka "wakil" kesemua umat Islam di Malaysia mahupun di
dunia.
Terdapat orang-orang Islam, ulama dan penganut yang layak membincang tentang urusan agama sepert kyai K.H. Hussein dan imam Feisal Abdul Rauf yang menyokong hak-hak yang dituntut oleh golongan LGBT, terutamanya hak undang-undang untuk perlindungan daripada kekerasan dan diskriminasi terhadap orang-orang lesbian, gay, biseksual dan transgender. Mereka juga orang Islam dan percaya bahawa kesemua ciptaan Allah S.W.T yang pelbagai ragam ada hikmahnya. Islam "sebenar" tidak dimonopoli oleh orang-orang Melayu Malaysia tertentu sahaja, tetapi dihayati oleh orang-orang yang berbeza bangsa, jantina, dan orientasi seksual.
Pendek kata, tidak semua orang Islam menentang kebebasan golongan LGBT untuk menyuarakan keinginan mereka untuk diberikan hak-hak yang sama seperti orang-orang bukan LGBT. Seksualiti Merdeka tidak bersembunyi di sebalik "topeng" hak asasi manusia, bahkan tuntutan golongan minoriti adalah sebahagian daripada hak asasi manusia yang diiktiraf di seluruh dunia.
Persoalan
lain tentang alasan pengharaman Seksualiti Merdeka mula timbul: sejak
bila golongan LGBT mengancam "keamanan negara"? Bilangan mereka yang
tergolong dalam kategori LGBT di seluruh pelusuk dunia adalah kecil.
Mereka hanyalah minoriti yang jarang mempunyai pengaruh yang besar dalam
arena politik, agama, dan media. Ini adalah kerana diskriminasi,
prejudis, dan keganasan yang menular dalam masyarakat terhadap golongan
minoriti seksualiti dan gender yang sering menghalang mereka daripada
menjalani kehidupan mengikut sifat semulajadi mereka secara terbuka.
Dan "sensitiviti" siapa sebenarnya yang disentuh? Isu yang sensitif menjadi bahan kontroversi kerana isu berkaitan dengan seksualiti dan gender jarang diperdebatkan secara terbuka. Tanpa perbincangan terbuka, pengetahuan rakyat Malaysia - umat Islam Malaysia terutamanya - tentang kepelbagaian dari segi gender dan orientasi seksual akan terus dikongkong dan digelapi prejudis dan kesempitan pendapat. Prejudis dan kesempitan pendapat inilah yang menyumbang kepada fitnah dan maklumat yang tidak benar tentang program Seksualiti Merdeka sebagai "pesta seks bebas."
Seksualiti
Merdeka adalah sebuah acara tahunan yang bermula pada tahun 2008
sebagai forum untuk warga Malaysia berbincang dan bertukar pendapat
tentang isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan sebagai rakyat Malaysia
yang lesbian, gay, biseksual, dan transgender. Seperti yang
dijelaskan oleh penganjur Seksualiti Merdeka, Pang Khee Teik (gambar
kanan), acara ini tidak mengajak orang awam untuk menjadi "gay"
atau menukar jantina. Sebaliknya, acara ini bertujuan untuk
meningkatkan pemahaman dan kesedaran awam tentang golongan minoriti ini.
Selepas tiga tahun tanpa sebarang bangkangan daripada mana-mana pihak, Seksualiti Merdeka kini didepani dengan tohmahan bisa daripada pihak-pihak tertentu yang terdiri daripada orang-orang lelaki Melayu PERKASA. Minggu lepas, mereka berdemo di hadapan Masjid Negara dengan slogan-slogan yang tidak berpaksikan mana-mana fakta dan berfokuskan kepada perbuatan "seks sejenis". Walaupun demonstrasi PERKASA di hadapan Masjid Negara adalah sah dan berpatutan di sisi prinsip demokrasi dan kebebasan bersuara, objektif mereka untuk menyekat kebebasan golongan LGBT untuk berhimpun berbaur ironi.
Kemungkinan
besar tentangan terhadap Seksualiti Merdeka tidak berkenaan langsung
dengan agama, keamanan negara, dan sensitiviti orang Melayu. "Agama",
"keamanan negara", "sensitiviti orang Melayu" adalah alasan yang sering
dikitar semula jika isu-isu mengenai hak asasi manusia dan demokrasi
meletup di sidang media, parlimen, internet, dan di kedai kopi.
Pengharaman Seksualiti Merdeka sangat mirip dengan pengharaman
perhimpunan BERSIH bulan Julai lepas; hujah yang disampaikan untuk
mengharamkan keduanya adalah sama. Sudah tentu apa sahaja bentuk
pengharaman yang dilaksanakan pada masa depan akan berteraskan alasan
yang sama, diguna semula sehingga kosong intipati hujahnya.
Kesemua
rakyat Malaysia - konservatif mahupun liberal - perlu diingatkan bahawa
tidak semua orang Islam sama, dan tidak semua ajaran Islam ditafsir dan
diamalkan dengan cara yang sama. Walaupun terdapat perbezaan pendapat
antara orang Islam di Malaysia dan di luar negara, akhlak dan akidah
mereka tetap berlandaskan ajaran Islam yang satu. Oleh kerana itu,
PERKASA, MUIS, dan organisasi agama yang lain tidak berhak untuk
memanggil diri mereka "wakil" kesemua umat Islam di Malaysia mahupun di
dunia.Terdapat orang-orang Islam, ulama dan penganut yang layak membincang tentang urusan agama sepert kyai K.H. Hussein dan imam Feisal Abdul Rauf yang menyokong hak-hak yang dituntut oleh golongan LGBT, terutamanya hak undang-undang untuk perlindungan daripada kekerasan dan diskriminasi terhadap orang-orang lesbian, gay, biseksual dan transgender. Mereka juga orang Islam dan percaya bahawa kesemua ciptaan Allah S.W.T yang pelbagai ragam ada hikmahnya. Islam "sebenar" tidak dimonopoli oleh orang-orang Melayu Malaysia tertentu sahaja, tetapi dihayati oleh orang-orang yang berbeza bangsa, jantina, dan orientasi seksual.
Pendek kata, tidak semua orang Islam menentang kebebasan golongan LGBT untuk menyuarakan keinginan mereka untuk diberikan hak-hak yang sama seperti orang-orang bukan LGBT. Seksualiti Merdeka tidak bersembunyi di sebalik "topeng" hak asasi manusia, bahkan tuntutan golongan minoriti adalah sebahagian daripada hak asasi manusia yang diiktiraf di seluruh dunia.
Persoalan
lain tentang alasan pengharaman Seksualiti Merdeka mula timbul: sejak
bila golongan LGBT mengancam "keamanan negara"? Bilangan mereka yang
tergolong dalam kategori LGBT di seluruh pelusuk dunia adalah kecil.
Mereka hanyalah minoriti yang jarang mempunyai pengaruh yang besar dalam
arena politik, agama, dan media. Ini adalah kerana diskriminasi,
prejudis, dan keganasan yang menular dalam masyarakat terhadap golongan
minoriti seksualiti dan gender yang sering menghalang mereka daripada
menjalani kehidupan mengikut sifat semulajadi mereka secara terbuka. Dan "sensitiviti" siapa sebenarnya yang disentuh? Isu yang sensitif menjadi bahan kontroversi kerana isu berkaitan dengan seksualiti dan gender jarang diperdebatkan secara terbuka. Tanpa perbincangan terbuka, pengetahuan rakyat Malaysia - umat Islam Malaysia terutamanya - tentang kepelbagaian dari segi gender dan orientasi seksual akan terus dikongkong dan digelapi prejudis dan kesempitan pendapat. Prejudis dan kesempitan pendapat inilah yang menyumbang kepada fitnah dan maklumat yang tidak benar tentang program Seksualiti Merdeka sebagai "pesta seks bebas."
Seksualiti Merdeka bukan untuk segelintir warga Malaysia yang mengenal diri mereka sebagai lesbian, gay,
biseksual, atau trans sahaja tetapi sebuah forum di mana rakyat yang
berbeza pendapat berkongsi pengalaman dan pengetahuan secara sopan,
intelektual, dan saling menghormati satu sama lain. Tindakan polis
bagaikan serangan hendap semasa pembatalan program Seksualiti Merdeka
minggu lepas terus menyempitkan peluang kaum minoriti gender dan
orientasi seksual untuk bersuara dan berhimpun dengan aman.Identiti LGBT juga bukan ciptaan budaya "Barat" tetapi wujud di kalangan kita - rakan, anak, ibu, bapa, isteri, suami - dan orientasi mereka wujud secara semulajadi dan tidak boleh diubah sesuka hati atau dipaksa. Maksud seksualiti bukan mengenai perbuatan seks semata-mata seperti yang diobses oleh khalayak ramai dan liputan media, tetapi mengenai perasaan cinta dan kasih sayang antara pasangan yang berjantina yang sama. Mengikut kajian yang dilakukan di beberapa negara perbuatan homoseks sering tidak melibatkan orang-orang yang menggelar diri mereka gay dan lesbian. Dengan kata lain, perbuatan seks sejenis atau heterosex tidak selalunya melibatkan identity LGB.
Bagi saya, badan-badan agama harus menangkis rasa takut dan benci terhadap kelainan dan kepelbagaian kudrat manusia dan mula mendekati dan membuka minda dan hati kepada golongan LGBT. Homofobia dan transfobia - perasaan benci dan takut terhadap orang-orang gay, lesbian, dan transgender - tidak mengenal agama. Ia berleluasa kerana sifat tidak berperikemanusiaan dibenarkan menyelinap masuk ke dalam minda masyarakat yang tidak boleh menerima perbezaan identiti, pendapat, dan pengalaman.
Malaysia jauh kebelakangan dalam kebebasan bersuara disebabkan budaya kita yang mengagungkan pangkat dan kuasa yang diperolehi melalui status istimewa yang diberikan kepada orang lelaki Melayu Islam. Budaya inilah yang paling kuat menindas yang lemah dan terpinggir dalam masyarakat kita. Badan-badan agama, pihak polis, dan persatuan ekstrim seperti PERKASA adalah sebahagian daripada budaya ini dan melambangkan contoh penyalahgunaan kuasa atas nama Islam dan undang-undang.
*Alicia Izharuddin adalah pelajar Doktor Falsafah dalam kajian Islam, gender, dan media. Beliau menyokong kebebasan golongan LGBT Malaysia untuk bersuara dan menerima kesemua hak-hak yang sama seperti warga Malaysia yang lain.
2 comments:
If we look at Seksualiti Meredeka yes they only organizes programs that include seminar and talks that discusses the rights of LGBT and the talks and seminar themselves are harmless and do not create any threat to national security.
However, looking at the situation by approving the program is also automatically approving that homosexuality is acceptable among the society. I think this what most of the parties are not happy with. And the issue of accepting LGBT to be part of the society as in the West creates unsettling feelings. Uneasy feelings of allowing "foreign" culture and behavior in the eyes of religion to walk alongside with the society that are predominantly heterosexual.
For the author to state "Identiti LGBT juga bukan ciptaan budaya "Barat" tetapi wujud di kalangan kita - rakan, anak, ibu, bapa, isteri, suami - dan orientasi mereka wujud secara semulajadi dan tidak boleh diubah sesuka hati atau dipaksa. " is a very interesting discussion to elaborate. There is a book entitled "My Genes Made Me Do It" written by Dr NE Whitehead a researcher in homosexuality. The book takes a position based on an objective, orthodox and extremely comprehensive 20-year review of more than 10,000 scientific papers and publications on homosexuality.
Among the synopsis of this book says
"The book argues for a roughly 10%/90% nature/nurture effect in homosexuality while asserting that any genetic effect is very indirect eg: any physical characteristic making a person feel gender-atypical. The book shows that homosexual orientation is not biologically driven or fixed but that change toward heterosexuality frequently occurs naturally without any therapeutic interventions."
when asked whether a homosexual inclined person can change...this is the answer that is written in the book,
"Neutral academic surveys show there is substantial change. About half of the homosexual/bisexual population (in a non-therapeutic environment) moves towards heterosexuality over a lifetime. About 3% of the present heterosexual population once firmly believed themselves to be homosexual or bisexual. Sexual orientation is not set in concrete."
My comment is purely academic in nature and I do not have any intention to hurt anybody's feeling. Have an open mind and find out more about this issue since the objective of Seksualiti Meredeka is also to find more information about homosexuality. By the way there is a good link to those who are homosexual/bisexual but are uneasy about your feelings and would like to change WILLINGLY without the pressure of any of your peers. Google "People Can Change".
I believe since the author is also doing her PhD on kajian Islam, gender, dan media the book can be a good reference for her.
The program should educate those Gays & Lesbians why they must fight the feelings....because God forbids!
Nuff said...
In the Quran says that Prophet Muhammad forbid gays & lesbians(sexually active)...tho he will not proclaimed as his followers...
Post a Comment