Friday, November 4, 2011

Seksualiti Merdeka: Bahasa Atas dan Bahasa Bawah

Dari sini

Sesuatu yang perlu jelas pada diri kita, para pejuang Seksualiti Merdeka daripada kelompok LGBT itu memperjuangkan tuntutan mereka pada apa yang mereka lihat sebagai sebahagian daripada hak asasi manusia, kebebasan membuat pilihan dan desakan agar masyarakat menghormatinya. Kita pula melihat tuntutan mereka itu hanya sekadar memenuhi kehendak penis dan vagina.

Akibatnya besar.

Mereka memperjuangkan tuntutan mereka dengan BAHASA MINDA dan FALSAFAH.

Kita menentang perjuangan mereka dengan BAHASA PENIS dan VAGINA.

Di mata umum, perjuangan mereka kelihatan seperti punya asas pemikiran dan undang-undang. Manakala bantahan kita yang mencarut, memaki hamun dan mengutuk, kelihatan dungu dan ‘tidak berasas’.

Mereka me’minda’kan penis dan vagina.

Kita mem’penis’ dan mem’vagina’kan minda.

9 comments:

Disgusted for stupid rights... said...

What rights are these people really fighting for? Rights as human is already there for all. You may try to be philosophical about this, but looks at the facts, what is not allowed to this LGBT people in Malaysia? Only allowance for 'screwing the same gender' is not there. If you are asking for this, then, people who go to prostitues says they have rights, paedophiles says they have rights, 'sumbang mahram' people says they have rights, how is is then.....do we legalise all??? Come on, I have't seen these people being bashed or cursed in public, I know LGBT people and don't look down on them, only their sexual behaviour I don't condone.

Anonymous said...

http://saifulislam.com/?p=10533

Ganjil sekali.

Artikel Ustaz Hasrizal bertajuk SEKSUALITI MERDEKA: BAHASA ATAS DAN BAHASA BAWAH (http://saifulislam.com/?p=10525) ditulls khusus sebagai peringatan kepada umat Islam yang berakhlaq.

Berakhlaq hatta dalam menyatakan bantahan kepada salah laku dan musuh.

Tetapi kecelaruan dalam menggarap apa yang ditulis dengan bahasa sebegitu jelas menyebabkan konotasinya terbang meninggalkan mesej asal.

Artikel tersebut dipetik untuk disiarkan di post ini. Akan tetapi petikannya hanya pada bahagian akhir. Meninggalkan substance penting di separuh pertama artikel pendek itu. Malah artikel berkenaan juga diguna pakai oleh pendukung ideologi Seksualiti Merdeka untuk menyenaraikan ustaz sebagai salah seorang manusia yang menyokong mereka.

Anonymous said...

Subhanallah.

Apa yang cuba diketengahkan di dalam mesej asal artikel tersebut adalah betapa Islam bukan milik agamawan. Bukan milik ustaz-ustaz. Ia milik Tuhan. Milik Allah. Maka para agamawan Islam tidak boleh sewenang-wenangnya sama ada mengecam dan mengutuk pesalah, mahu pun pada bersikap apologetik dan dengan mudah ‘mendoakan kaum minoriti yang dizalimi ini’. Segala tindakan kita mesti berdasarkan ilmu, garis panduan, dan mematuhi peraturan hidup yang terhimpun di dalam deklarasi iman kita:

رضيت بالله رباً،وبمحمدٍ رسولاً، وبالإسلام ديناً

“Aku telah redha Allah itu sebagai Tuhan, Muhammad itu Rasul utusan, Islam agama kepercayaan”

Lalu artikel ustaz, berusaha membuktikan betapa Islam rasional dalam menangani salah laku. Hatta anak muda yang meminta kebenaran untuk berzina itu, disantuni oleh Baginda dengan akhlak dan kebijaksanaan, lebih tinggi daripada emosi orang ramai ketika itu yang marah, ketika mana marah itu juga merupakan reaksi yang jelas menunjukkan penentangan mereka terhadap kesalahan zina, dan kesalahan meminta kebenaran berzina oleh anak muda itu.

Tetapi ZINA TETAP SALAH!

Biar pun hubungan seks antara lelaki dan perempuan itu sangat fitrah, tetapi ia tetap salah apabila dilakukan dengan membelakangkan hak Tuhan. Hak manusia untuk mengadakan hubungan seks, hak Tuhan agar seks itu dilakukan sebagai ibadah. Seks itu mulia di sisi Allah. Sebab itu diaturkan tatacaranya.

Anonymous said...

Agama Islam merupakan sebuah sistem yang membentuk kepercayaan, pandangan hidup dan nilai yang sejahtera. Peraturan-peraturannya membentuk sistem yang meletakkan jaminan pemeliharaan dan galakan perkembangan terhadap lima kemaslahatan utama yang diperlukan oleh manusia untuk hidup secara aman dan harmoni. Kelima-lima maslahat berkenaan dikenali sebagai al-Dharuriyat al-Khamsah yang membabitkan jaminan Islam terhadap nyawa, kepercayaan, akal, keturunan dan harta.

Kesemua peraturan hidup yang berteraskan prinsip Islam sentiasa berlegar di sekitar kepentingan lima maslahat ini. Perintah dan larangan terpakai di dalam semua cabang kehidupan peribadi dan umum.

Seks merupakan sebahagian daripada cabang kehidupan yang diiktiraf oleh Islam. Ia diklasifikasikan sebagai ibadah dan praktikalnya juga berorientasikan tujuan, sama ada tujuan di peringkat individu, mahu pun dalam skala sosial yang lebih besar. Amalan seks bukan sahaja perlu mematuhi peraturan-peraturan yang sejahtera dan bermanfaat untuk keperluan fizikal dan emosional individu, malah mesti turut diamalkan dengan jaminan tanggungjawab terhadap natijah-natijah daripadanya. Seks bukan sahaja diperlukan untuk memenuhi fitrah manusia dan mewujudkan kesejahteraan emosional, malah ia menjadi pendorong untuk manusia bersinergi bagi menghasilkan perkembangan nasab keturunan manusia secara berintegriti lagi terhormat.

Amalan seksual songsang oleh kelompok Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT) dianggap bersalahan di sisi agama, bukan sahaja kerana ia bertentangan dengan perintah Allah, malah ia sangat bersifat mementingkan diri sendiri, tidak menyumbang kepada perkembangan ketamadunan manusia serta mengundang kepada kemerosotan. Self centered.

Hak asasi manusia tidak bergantung hanya kepada apa yang manusia anggap sebagai hak mereka semata.

Hak asasi manusia juga tidak bergantung hanya kepada hak manusia secara individu, malah hak manusia secara kolektif turut perlu selari.

Anonymous said...

Ustaz berusaha untuk menegaskan peri pentingnya akhlak dalam menyantuni persoalan ini kerana ustaz sedar, kesongsangan seksual dalam banyak keadaan bukan pilihan asal. Naluri songsang, adalah kesan daripada pelbagai kejadian lain yang berlaku secara asalnya bukan pilihan seseorang. Kesongsangan mungkin berpunca daripada kejadian pencabulan seks ke atas kanak-kanak (kes terbanyak). Ia juga boleh berpunca daripada pengalaman anak yang dibesarkan dengan dominasi ekstrim ibu mengatasi karakter lemah bapa. Ia turut berpunca daripada trauma seorang anak perempuan melihat penderaan lelaki ke atas ibunya. Dan sebahagian pula mengalami ketidak seimbangan hormon hingga menjadikan pembawaan fisiologinya terganggu antara identiti lelaki dan perempuan. Juga kelompok minoriti yang sangat kecil daripada golongan khunsa.

Semua itu menjadi ujian ke atas individu yang mengalaminya.

Ada yang hidupnya diuji dengan kemiskinan.

Ada yang hidupnya diuji dengan penyakit dan masalah kesihatan.

Ada yang hidupnya diuji dengan kecacatan fizikal.

Tetapi kemiskinan bukan alasan untuk mereka kekal miskin.

Penyakit dan masalah kesihatan bukan alasan untuk mereka dianggap sihat, tidak berpenyakit dan tiada masalah kesihatan.

Malah kecacatan fizikal bukan alasan untuk mereka dianggap tidak cacat.

Semua tanggapan itu akan menyebabkan kemiskinan, penyakit dan cacat anggota tidak dibantu, tidak diatasi dan tidak disokong untuk bangkit mencapai standard kehidupan yang sepatutnya. Yang miskin perlu diperkasakan agar tidak terus hidup meminta dan bergantung. Yang sakit perlu dirawat dan diberikan ubat agar sembuh, sihat dan dapat berfungsi sempurna. Kecacatan fizikal bukan alasan untuk mereka tidak bekerja dan menyuruh dunia menanggung kecacatan mereka. Sebaliknya mereka perlu diberikan ilmu dan kemahiran agar boleh bekerja, berdikari dan menyertai orang ramai dalam usaha membina kehidupan kolektif yang sejahtera.

Demikianlah manusia yang diuji dengan kesongsangan naluri seksual.

Kesongsangan itu perlu dirawat. Disembuhkan. Dibantu.

Supaya manusia dapat memainkan peranannya sebagai manusia. Melahirkan manusia. Mendidik manusia (anak) dan membesarkannya dengan psikologi yang sejahtera. Bukan oleh sepasang lelaki atau sepasang perempuan.

Simpati ustaz kepada semua individu bernaluri seksual songsang yang terus berjuang untuk sembuh.

Bantahan, bangkangan dan kebencian ustaz kepada semua individu bernaluri seksual songsang yang mahu menormalisasi, mensyiar dan memperjuangkannya.

Mohd Khairuddin Ramliy said...

Perjuangkan LGBT atas dasar apa? Ada ke dari sudut Agama? ini dah terang lagi bersuluh perjuangkan dari sudut nasfu dan akal singkat semata-mata. APAKAH AGAMA ANDA?? ADAKAH SEMUA INI DIBENARKAN DALAM ISLAM??
Agama Islam dah bagi petunjuk pada kita tentang jalan-jalan yg patut kita lalui dan seribu cara untuk kita mengatasi pelbagai masalah termasuk konflik identiti. Ramai yang menyokong seandainya anda ingin berubah mengikut jalan Islam ini - menjadi normal. Bukannya anda mengubah apa yang Agama Islam atau lain-lain agama tetapkan untuk kepuasan diri anda.
Cara terbaik untuk anda supaya diterima masyarakat - berubah kepada laluan fitrah manusia. Kami akan menghormati kaum LGBT seandainya anda berusaha untuk berubah, bukan memperjuangkan untuk terus SESAT.
Bagi yang beragama Islam, bertaubatlah seandainya anda telah salah membuat pilihan. Pintu masih terbuka dan berubahlah mengikut panduan Agama Islam. Jangan berpandukan akal semata-mata kerana manusia akan cenderung menjadi hamba kepada nafsu.
FALSAFAH bukanlah segala-galanya sebab ianya diinspirasikan dari akal manusia. AGAMA adalah segala-galanya. Jadi jika anda mahukan perubahan samada perubahan diri atau perubahan pandangan terhadap anda, gunakan AGAMA.

- Hidup hanya sekali, akhirat kekal abadi. Gunakan agama Islam panduan diri, Bukan akal semata-mata kelak nanti menyesal sendiri.

juraij said...

You only copy what seems relevant to you. What a hypocrite.

Obviously you guys failed to understand the jeez of that article.

Mohd Noor Amin said...

This is 'COPY and PASTE' article. Please put the 'FULL' article... thank you very much. Respect the writer...

Is this what you people are?

Anonymous said...

Mohd Noor Amin, the webmasters already linked the full article before the text started. It is common to post an excerpt of a bigger piece anyway. Don't see a problem...