Thursday, November 10, 2011

Pandangan seorang Muslim Terhadap Seksualiti Merdeka

Sebagai seorang Muslim, jika saya hendak menggunakan masa dan khudrat saya untuk memprotes sesuatu, pertamanya ia adalah terhadap rasuah, kedua, penderaan seksual kanak-kanak, dan ketiga, suami yang berpoligami atas nama agama namun melalaikan tanggungjawabnya terhadap isteri-isteri dan anak-anak.

Saya tidak akan membazirkan masa dan tenaga untuk membangkang suatu aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh sekumpulan pihak yang memang telah terpinggir dan didiskriminasikan oleh masyarakat.

Saya rasa ada banyak prasangka negatif yang telah wujud berkenaan aktiviti Seksualiti Merdeka. Pada sesiapa yan membangkang dan memprotes, pernahkan mereka pergi melihat apakah forum Seksualiti Merdeka ini?

Saya pernah menghadiri Seksualiti Merdeka pada tahun 2008 dan aktivitinya agak menarik – seni, muzik, dan ceramah-ceramah yang membuat kita bermuhasabah (refleksi diri). Salah satu ceramah yang menarik adalah daripada ahli sejarah Dr. Farish Noor berkenaan dengan Hikayat Panji Semerang, sebuah lagenda tentang seorang puteri Indonesia-Melayu yang amat berani dan menyamar sebagai pahlawan lelaki, seperti cerita Mulan, hero wanita Cina.

Mungkin mereka yang membantah keliru dengan perkataan Seksualiti. Seksualiti bukanlah Seks. Setiap individu mempunyai seksualiti – sama ada homoseks, biseksual, transeksual, interseksual, ataupun heteroseksual (yang bererti tarikan terhadap jantina bertentangan). Banyak kajian telah menunjukkan bahawa seksualiti itu bukan sesuatu yang dipilih, seperti kita memilih pakaian ataupun citarasa, tetapi adalah naluri kita, yakni, sesuatu yang mendalam dalam diri kita.

Seksualiti Merdeka bukannya Seks Merdeka. Ia tidak ada kaitan langsung dengan seks bebas. Pada hemat saya, ia sebenarnya meraikan konsep ”kita berbagai-bagi, tapi kita satu” – sama seperti 1Malaysia. Tiada sesiapa yang harus didiskriminasi, diganggu atau disisihkan berdasarkan gender, kaum, agama atau orientasi gender dan seksual mereka.

Namun, jika kita tidak bersetuju dengan perhubungan homoseks, kita tidak perlu menyokongnya. Ia sama seperti kita tidak perlu ke nightclub ataupun minum arak kerana setakat ini perkara-perkara ini tidak diharamkan di negara kita.

Dan walaupun kita tidak bersetuju dengan hubungan homoseksual, kita tidak dapat menafikan bahawa golongan gay, lesbian, transgender, transeksual dan intersex adalah sebahagian daripada masyarakat kita dan mereka juga adalah insan ciptaan Allah.

Mereka mungkin adalah peguam, doktor, jurutera, petani, cikgu, pelajar dan ahli politik kita, malah mungkin abang, adik, kakak dan saudara kita sendiri. Kita mungkin cam seseorang lelaki lembut sebagai homoseks walaupun bukan semua lelaki lembut adalah homoseks. Saya mempunyai beberapa kenalan yang merupakan lelaki lembut – seorang memegang jawatan tinggi dalam pentadbiran kewangan kerajaan, seorang lagi sarjana PhD dan seorang lagi aktivis yang berusaha membantu golongan yang menghidapi kanser

Apakah yang akan berlaku kepada negara kita tanpa mereka?

Di Malaysia, kita hidup di dalam sebuah masyarakat pelbagai kaum dan agama, agak menyerupai Madina, di mana Nabi Muhammad s.a.w. pernah hidup. Dengan mengikuti jejak Nabi Muhammad s.a.w., kita belajar untuk menerima dan menghormati perbezaan antara satu sama lain. Ini merupakan salah satu sunah Nabi.

Nabi Muhammad s.a.w. bukan sahaja merupakan seorang pemimpin untuk umat Islam, namun untuk sesetengah golongan bukan Islam seperti Yahudi, Kristian, dan golongan jahiliah di Madina. Baginda tidak membangkang atau melarang cara kehidupan atau kepercayaan manusia lain. Setiap manusia dibenarkan untuk mengamalkan cara hidup dan kepercayaan masing-masing selagi keamanan sejagat tidak diganggu.

Forum Seksualiti Merdeka ini, pada diri saya, tidak bercanggah dengan kepercayaan saya sebagai Islam. Sebaliknya, ia mengukuhkannya. Seperti yang tercatat di dalam Al-Quran:

Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam;
 


Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.  (Al- Fatir 35:27-28)


Agama Islam mengajar kita bahawa kepelbagaian adalah fitrrah dan hakikat sifat ciptaan Allah. Kita diwujudkan secara berbeza dan pelbagai supaya kita mengetahui dan menghormati antara satu sama lain. Mengikut ayat A-Fatir 35:27-28, saya rasa interpretasi perkataan “warna” bukan sahaja merujuk kepada “warna benda”, ia juga merujuk kepada rupa, sifat, dan kebolehan kita. Allah berkata bahawa tiada masalah untuk Dia mewujudkan hanya satu Umat, maksudnya, insan yang serupa dari segi agama, kepercayaan, naluri dan lain-lain lagi.

Namun Dia tidak berbuat demikian kerana Allah hendak menguji ketakwaan kita terhadap Nya. Apakah kita menghayati dan mempraktikkan nilai-nilai mulia seperti toleransi, hormat, kasih sayang dan belas kasihan kita untuk menerima segala ciptaan dan anugerah Allah?

“Untuk setiap umat di antara kamu, Kami berikan peraturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, nescaya kamu dijadikanNya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberianNya kepadamu, maka berlumba-lumbalah membuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kamu akan kembali semuanya, lalu diberitahukanNya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu” (Al-Ma’idah 5:48)


Ketika kita meraikan Hari Raya Qurban, kita perlu menyelami maksud yang lebih mendalam tentang erti pengorbanan. Bagi saya, ia menolong kita menghayati erti kehidupan, betapa berharganya nyawa yang diberikanNya kepada kita dan juga alam ciptaanNya. Ia juga membantu kita mendalami erti pengorbanan serta amalan bersedekah kepada orang-orang yang miskin dan papa kedana.

Mungkin golongan lain tidak dapat memahami amalan yang suci ini. Di Barat, umat Islam mungkin tidak dapat mengorbankan lembu, kambing atau biri-biri untuk memperingati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim terhadap Allah. Ada yang akan menuduh amalan kita kejam terhadap binatang tanpa memahami maksud yang lebih mendalam. Namun Alhamdullilah, saya tidah pernah dengar pihak yang melarang hak orang Islam untuk meraikan Hari Raya Eidul Adha.

Saya berharap kita dapat mengamalkan sikap toleransi kepada golongan yang dipandang bawah dan dipinggirkan oleh masyarakat. Kita sebagai Islam bertanggung-jawab mengamalkan Jihad yang lebih tinggi dan mulia di sisi Allah -- Jihad untuk mengatasi kejahatan dalam diri kita, Jihad untuk bermuhasabah, Jihad untuk tidak mengadili dan menghukum orang lain, dan Jihad untuk mempunyai sifat hormat-menghormati dan kasih-sayang.

Kerana siapakah kita, manusia kerdil untuk mengadili orang lain apabila Pangadilan Terakhir terletak pada Allah?

Mualaf, Kuala Lumpur
November 2011

9 comments:

Anonymous said...

Banyak kajian telah menunjukkan bahawa seksualiti itu bukan sesuatu yang dipilih, seperti kita memilih pakaian ataupun citarasa, tetapi adalah naluri kita, yakni, sesuatu yang mendalam dalam diri kita.

NALURI (NAFSU) hasutan daripada syaitan bolehkah saudara perjuangkan...

IMAN pada ALLAH dan RASUL saudara letak di mana?

Tanya diri dulu IMAN letak di mana

Anonymous said...

First of all, if its not about sexsuality, why use the name.

Its about about the freedom of individuals sexuality, be it homosexual or heterosexual.

By this definition, the holy prophet does not not condone people practising homosexuality during his time. Please do not misguide people into believing this.

It is the same thing as telling those fanatic muslim suicide bombers its ok to commit suicide while killing your enemy or innocent people as a collateral damage. In islam, committing suicide is forbidden, killing innocent people is forbidden.

Same goes here, Islam clearly stated, homosexuality is forbidden,and muslim are encourage to socialize according to each gender role and responsibility. Youre are even forbidden to wear clothes or accessories that potrays the opposite gender.

Anonymous said...

kita tidak menyokong mereka kerana ini lah bala yang akan Allah azab kepada kita. ingat jika kamu manusia sudah berkelakuan sehingga tahap ini dan kamu pula menerima mereka maka terimalah azab dari allah di dunia dan di akhirat. kita harus hapuskan mereka(hapuskan bukan membunuh)tetapi mendidik mereka, menasihati mereka, supaya mereka kembali kepada hidup yang normal(sehingga tiada lagi golongan ini di muka bumi). dan menarik mereka kejalan kebenaran. menjauh azab dari allah. kerana tempiasnya akan kenapa pada orang yang tinggal bersama mereka. Ingatlah Allah sangat keras seksaannya. sebab itu jangan cari pasal. jangan ingat di zaman moden ini allah tidak akan mengazabnya. kota yang di paste link tadi terjadi pada 1957. fikir2lah ini bukan berkaitan dengan islam ini berkaitan dengan Tuhan kita Allah. Allah tidak menyukainya. tolonglah buat perkara yang Allah sukai. TQ

Anonymous said...

ok saya silap berkenaan tarik tetapi di temu pada tahun 1952

3. Pompeii

Kota Romawi Pompeii ini dihancurkan pada tahun 79 M setelah dekat gunung berapi Vesuvius meletus dan mengubur seluruh komunitas di bawah 60 kaki abu dan batu. Kota ini diperkirakan memiliki sekitar 20.000 penduduk pada waktu itu, dan itu dianggap sebagai salah satu tempat liburan utama untuk kelas atas masyarakat Roma. Setelah letusan, reruntuhan berdiri selama 1.700 tahun sebelum tanpa sengaja ditemukan kembali pada 1748 oleh para pekerja untuk membangun istana Raja Naples, dan sejak itu Pompeii telah menjadi sumber konstan penggalian oleh arkeolog. Ironisnya, kehancuran yang disebabkan oleh Vesuvius, yang pda saat itu menengelamkan dengan begitu banyak lukisan dinding dan patung2, membuat Pompeii bagian penting sejarawan modern 'pemahaman hidup di Roma kuno. dan hanya menemukan sisa2 dari kota itu.

now think again

Anonymous said...

hey fu**tard mualaf.. if u read any history you would know that no abrahamic religion allow gay... maybe you should read up before show to us ur stupidity... do urselves a fovour huh kiddo...

Anonymous said...

FUUUUUUUUUUUUUUUCCCKKKK U IGNORANT BASTARDS!!!!! U DONT KNOW HOW TO INTERPRET QURAN N HADITH!!!! SO, U BETTER GET UR STUPID ASS HOME N READ MORE N UNDERSTAND!!! ASK THOSE WHO ARE EXPERTS!!!

Anonymous said...

seorang Mualaf cuba bermain dengan firman? sampai tahap mana pengajian saudara/i terhadap Islam? pegi kaji bagaimana kaum Nabi Luth A.S ditimpa bala? mmg pandangan mengatakan, "kita tidak perlu ke nightclub ataupun minum arak kerana ia tidak diharamkan di Malaysia", tapi dari segi Islam? saya nasihatkan, saudara/i kaji pengertian Hukum2 didalam Islam sebelum bermain dengan firman. Jangan Membodohkan Diri Sendiri, Kerana Ia Memalukan!

Anonymous said...

ini lah akibatnya bila seorg mualaf cuba menjadi alim ulama.meninterepritasikan ayat suci Al-Quran dengan berpandukan pemahaman sendiri...dunia betul2 di ambang akhir zaman....bertaubatlah kamu....selagi masih ada kesempatan...

Anonymous said...

Please, mind your words my fellow muslim brothers. Cursing is a sin as well. :)

Bagi saya, saudara mualaf tidaklah mempermainkan firman Allah atau membodohkan diri sendiri. Sekurang-kurangnya beliau cuba menggunakan firman Allah dan reasoning sebagai asas dalam membuat pertimbangan sebagaimana sepatutnya seorang muslim.

Namun, saya tetap bersetuju bahawa tafsiran itu agak bertentangan dengan pendapat2 ustaz2(experts) yang diiktiraf dalam pengetahuan saya.

Saudara mualaf,

Setahu saya, Homoseksual itu adalah haram di sisi Islam dan kita diwajibkan untuk mengajak kepada kebaikan dan melarang kepada kejahatan. Apa yang baik dan apa yang jahat telah digariskan oleh Pencipta kita yang Maha Mengetahui apa yang terbaik bagi ciptaan-Nya demi kesejahteraan manusia sejagat. Jelaslah kita wajib mengelakkan homkseksual ini daripada mengular dan mengajak kepada jalan yang benar seperti yang telab digariskan kerana kita percaya itu yang terbaik bagi sekalian manusia. Berikut adalah link yang boleh saudara rujuk. Alhamdulillah, welcome to Islam. May Allah guide us to His rightous path. :)

hafizfirdaus.com/ebook/ASWJ/ciri5A.htm
m.yahoo.com/w/news_asia/asri-seksualiti-merdeka-must-be-rejected-013441946.html?orig_host_hdr=my.news.yahoo.com&.intl=my&.lang=en-my