By Muhd Izawan Baharin
“Mak nyah ialah mengenai perasaan kewanitaan dan identiti gender. Kehidupan mak nyah bukan untuk diketawakan, dicemuh, dilabelkan dengan pelbagai nama atau dikaitkan penyakit sosial."
- Sulastri Ariffin
MOHD Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, yang membuat permohonan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar nama dan status jantinanya dalam MyKad kepada Aleesha Farhana meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah selepas mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah, baru-baru ini.
Namanya secara tiba-tiba dikenali apabila memfailkan permohonan kontroversi itu di mahkamah dan pada 18 Julai lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menolaknya atas tiga faktor iaitu kromosom, kewujudan alat kelamin ketika pemohon dilahirkan dan kewujudan organ dalaman biarpun Mohd Ashraf sudah menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand pada 2009.
Bagaimanapun, kesan daripada keberanian Allahyarham memfailkan petisyen di mahkamah menukar nama atas alasan mahu menyambung pelajaran di universiti tempatan dan menjalani kehidupan sebagai wanita mengakibatkan dia dan keluarga ‘diserang’ masyarakat. Bukan sedikit penghinaan dan cemuhan diterima mereka sekeluarga.
Menerusi kenyataan Allahyarham disiarkan akhbar pada 20 Julai lalu yang dia rela dibunuh jika masyarakat tidak dapat menerima keadaannya selepas menerima pelbagai kutukan dan hinaan, menunjukkan betapa hebat tekanan ditanggung.
Malah, pengakuan sama daripada ibunya dikenali sebagai Mak Yah yang sanggup mati jika itu satu-satunya jalan merungkai kekusutan memperlihatkan keluarga itu sudah tidak mampu lagi bertahan dengan cemuhan dan penghinaan terbabit.
Kemurungan melampau, kekecewaan dan ‘hukuman’ daripada masyarakat sekeliling mungkin menjadi penyebab dia sakit sehingga dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) sebelum menghembuskan nafas terakhir pada jam 5 pagi.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turut meluahkan kesedihan tidak sempat menghulurkan bantuan dan kementerian itu sejak awal lagi sudah menawarkan bimbingan kepada Allahyarham kerana prihatin dengan nasib menimpanya. Sebelum ini, hasrat Allahyarham cuba mengubah namanya membuka mata banyak pihak sehingga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim dilaporkan berkata, kerajaan akan merangka modul bimbingan yang dapat membantu golongan yang menghadapi krisis identiti termasuk mereka yang sudah menukar jantina untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Sememangnya belum ada mekanisma khusus membimbing golongan itu, tetapi menurut Mashitah, kes Mohd Ashraf membuka mata banyak pihak dan menegur orang ramai agar tidak memandang jelik terhadap mereka.
Kini Mohd Ashraf sudah tiada, tetapi bagaimana pula dengan ribuan lagi Mohd Ashraf di luar sana yang hidup dalam dunia sendiri, disisih masyarakat, malah ada yang terbabit dalam kancah pelacuran? Berdasarkan rujukan di laman web e-fatwa berhubung isu itu, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Kali Ke-25 yang bersidang pada 13 Disember 1989 mempersetujui fatwa yang dikeluarkan Jawatankuasa Fatwa iaitu pertukaran jantina daripada lelaki kepada perempuan atau sebaliknya melalui pembedahan adalah haram dari segi syarak.
Namun, persoalan lain adakah dengan menjatuhkan hukuman menerusi penghinaan, cemuhan serta menghambur kata cacian menjadi satu-satunya cara yang terpaksa dihadapi golongan ini? Mengulas isu berkenaan, Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, ada banyak sebab yang boleh mempengaruhi kecenderungan seorang lelaki mahu menjadi wanita, tetapi ia tidak boleh menjadi asas untuk mereka dihina dan dikeji. “Saya secara peribadi bersimpati dengan Allahyarham, tetapi pada masa sama kagum dengan tindakannya. Kita perlu lebih ramai golongan ini tampil ke depan supaya boleh membantu mereka daripada aspek kerohanian untuk mengenal fitrah semula jadi mereka,” katanya.
Menurutnya, undang-undang menjadi aspek kedua kerana perkara paling penting ialah memulihkan golongan itu yang dianggapnya keliru.
Sehubungan itu, beliau menyokong cadangan Dr Mashitah satu modul khusus atau mekanisma khas perlu dibentuk bagi membantu golongan ini mengenal fitrah mereka yang sebenar.
“Agensi berkaitan misalnya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu dirangka bagi memberi bimbingan. Kita tidak boleh menyalahkan mereka 100 peratus hanya disebabkan penampilan menyerupai wanita, sebaliknya wajar mendapat keadilan dan sokongan masyarakat bagi mengubah gaya hidup ke arah lebih baik.
“Mereka juga mempunyai hak dan wajar mendapat pembelaan sama seperti orang lain,” katanya.
Bagaimanapun, pandangan berbeza diberikan Pengurus Program Wanita Yayasan PT, Sulastri Ariffin yang mempersoalkan adakah modul khusus itu jika benar bakal dirangka akan mengambil kira pandangan mak nyah sendiri kerana golongan itu tahu yang terbaik untuk mereka.
“Seorang mak nyah bukan suka-suka memakai pakaian wanita kerana dia tahu apabila keluar ke khalayak, ramai yang merenung, mengejek dan pelbagai lagi reaksi negatif diberikan.
“Mak nyah ialah mengenai perasaan kewanitaan dan identiti gender. Kehidupan mak nyah bukan untuk diketawakan, dicemuh, dilabelkan dengan pelbagai nama atau dikaitkan penyakit sosial.
“Jadi jika betul akan ada satu modul khusus, adakah golongan mak nyah dijemput memberi pandangan supaya faedahnya sampai seperti disasarkan,” katanya. Menurutnya, bukan mudah untuk mak nyah mengubah diri menjadi lelaki kerana naluri dan hati mereka bertentangan dengan fizikal, namun tidak ramai yang faham sehingga menimbulkan tanggapan mengaitkan golongan itu dengan kerja maksiat serta tidak bermoral.
Bagi seorang mak nyah tidak ada apa yang dapat mengubah mereka menjadi lelaki melainkan izin Tuhan. Penampilan, gerak-geri serta tutur kata dilihat itu ialah diri mereka yang sebenar.
“Jika rambut panjang dipotong pendek, payu dara dibuang atau dipaksa melakukan latihan lasak sekali pun, mereka sukar berubah disebabkan naluri dan kehendak mereka yang berbeza daripada lelaki biasa.
“Bukan semua terbabit dengan kerja tidak bermoral, namun apa yang saya kesal tanggapan stereotaip itu sentiasa dikaitkan dengan golongan ini, sedangkan jika ada sekali pun, ia isu individu bukan keseluruhan komuniti,” katanya.
Selain itu juga, Sulastri berkata, pembedahan jantina berlaku disebabkan mereka sedar keadaan fizikal bertentangan dengan minda, emosi dan pemikiran dengan tujuan mahukan kehidupan harian lebih selesa. “Di Yayasan PT, kami tidak pernah menggalakkan sesiapa melakukan pembedahan jantina, tetapi akan memberi nasihat yang sepatutnya kerana kami berasaskan tidak menghukum dan tiada diskriminasi. Antara bentuk bantuan di sini merangkumi kesihatan, moral, kaunseling selain menyediakan khidmat bantuan guaman,” katanya. Apa berlaku ke atas Allahyarham Mohd Ashraf yang mahu dikenali sebagai Aleesha Farhana amat menyedihkan kerana orang ramai hanya menghukum tanpa memahami apa sebenar berlaku kepada dirinya.
Untuk membantunya sudah terlambat, tetapi bukan kepada mereka yang senasib. Sudah sampai masanya perkara itu dibincangkan secara serius oleh semua pihak bagi melihat langkah terbaik perlu dilaksanakan.
Golongan itu sendiri tidak meminta disokong sebaliknya berharap diri mereka difahami.
Penulis wartawan Harian Metro

2 comments:
http://www.malaysiakini.com/letters/177583
take a look at something on some 377 code thingy
It's time for a change. Justice for ALL! Moga ruhnya dicucuri rahmat buat Aleesha Farhana. Amen!
Post a Comment